You are here Home

LAWATAN KERJA KE BANDUNG SEMPENA HADIAH INSENTIF TAHUNAN SYARIKAT

E-mail Print PDF

Seramai 36 orang kakitangan Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) telah dipilih bagi mengikuti “Program Lawatan Kerja” ke Bandung Indonesia selama 4 hari 3 malam pada 7 – 10 Oktober 2011. “ Program Lawatan Kerja” yang juga merupakan Hadiah Insentif Tahunan Syarikat (Non-Monetary Insentif) ini dilaksanakan adalah bagi meraikan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi tahun 2010.

Penerima Hadiah insentif ini majoritinya adalah terdiri daripada kakitangan Kumpulan Runcitan dan Niagaan. Untuk makluman semua kakitangan FTSB, hadiah ini telah termaktub di dalam Pekeliling Syarikat Bil 1/2010 yang menjanjikan hadiah insentif berupa percutian ke luar Negara sekiranya petugas khususnya petugas Kumpulan Runcitan yang telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam tahun semasa.

Diharapkan program seperti ini dapat dikekalkan di masa-masa akan datang bagi meningkatkan semangat dan budaya kerja yang sihat di kalangan kakitangan dalam menuju ke pucak kegemilangan FTSB. Diharapkan juga kakitangan lain dapat menjadikan hadiah insentif yang dijanjikan oleh Syarikat ini sebagai pembakar semangat untuk berusaha dan bekerja dengan lebih gigih dan tanpa mengenalk erti putus asa.

Bersamalah kita berusaha memajukan Syarikat demi kebaikan dan masa depan yang lebih terjamin di masa akan datang. InsyaAllah…..