Tanggal 21 & 22 Oktober 2011 yang lalu telah terukir 1001 memori yang tidak mungkin akan terpadam dalam diari sejarah Jawatankuasa Sukan & Perhubungan Kakitangan (JKSPK) Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) bagi tahun 2011 dengan penganjuran Kejohanan Sukan JKSPK 2011.. Detik bersejarah ini lebih bermakna dengan disulami Majlis makan Malam FTSB 2011 di sebelah malam 22 Oktober 2011.
Kejohanan Sukan JKSPK 2011 yang bermula pada 21 Oktober 2011, jam 3.00 petang itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku & Semai Bakti oleh Semua kakitangan FTSB & dif-dif kehormat yang turut hadir. Majlis diteruskan lagi dengan Ucaptama yang disampaikan oleh En Eimir Huzaimi Md Noh, Ketua Eksekutif Felda Trading Sdn Bhd bagi mengalukan-alukan kehadiran para kontinjen-kontinjen FTSB yang hadir dari seluruh Malaysia dan berpusat di Melaka, Bandaraya Bersejarah sekaligus Merasmikan Kejohanan Sukan JKSPK 2011.
Kemeriahan acara sukan yang berlangsung sejak dari hari Jumaat (21 Oktober 2011) sehingga hari Sabtu (22 Oktober 2011) tidak terhenti setakat penyampaian hadiah futsala pada petang itu, tetapi program diteruskan dan dihangatkan lagi dengan acara kemuncak iaitu “Majlis Makan Malam FTSB 2011”. Dalam “Majlis Makan Malam FTSB 2011” ini bukan sekadar majlis makan malam atau majlis beramah mesra sahaja majlis pada itu dipenuhi dengan acara seperti Penyampaian Anugerah Khidmat Setia, Anugerah Jasamu Dikenang, Hadiah Insentif Syarikat 2010 dan Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang sangat lumayan kepada kakitangan FTSB.
Dalam “Majlis Makan Malam FTSB 2011” ini juga, FTSB mengukir telah sejarah dengan menyambut ulang tahun Felda Trading Sdn Bhd yang ke 39. Sebagai tanda meraikan ulang tahun FTSB pihak jawatankuasa telah menyediakan pulut yang tertulis “Selamat Ulang Tahun ke 39, Felda Trading Sdn Bhd”. En Eimir Huzaimi, En Ishak Radzi serta pegawai-pegawai kanan Syarikat yang lain bersama-sama memotong pulut yang disediakan sebagai simbolik sambutan Felda Trading yang ke-39. Semoga dengan sambutan ulang tahun FTSB ini akan terus bertambah maju dan menjadi Syarikat yang disegani satu hari nanti.
Turut memeriahkan majlis pada malam itu satu kumpulan Band dijemput khas untuk membuat persembahan, kumpulan tersebut didatangkan khas dari Kuala Lumpur dan dikenali sebagai band “Kor Rejimen Renjer Diraja”. Dengan berakhirnya “Majlis Makan Malam FTSB 2011” berkahir tepat pada jam 11.00 malam, maka berlabuhlah tirai Jawatankuasa Sukan & Perhubungan Kakitangan FTSB sesi 2011.







