In order to view this object you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

Powered by RS Web Solutions

You are here Home

Felda Trading Sdn Bhd

LAWATAN KERJA KE BANDUNG SEMPENA HADIAH INSENTIF TAHUNAN SYARIKAT

E-mail Print PDF

Seramai 36 orang kakitangan Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) telah dipilih bagi mengikuti “Program Lawatan Kerja” ke Bandung Indonesia selama 4 hari 3 malam pada 7 – 10 Oktober 2011. “ Program Lawatan Kerja” yang juga merupakan Hadiah Insentif Tahunan Syarikat (Non-Monetary Insentif) ini dilaksanakan adalah bagi meraikan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi tahun 2010.

Last Updated on Sunday, 13 November 2011 04:29 Read more...

MAJLIS PELANCARAN PRODUK COOP 1M & CDC FTSB

E-mail Print PDF

Pada 27 Oktober 2011 yang lalu telah diadakan satu majlis bagi merasmikan Produk COOP 1M & Pusat Pengedaran FTSB di Gudang Kontena Nasional, Subang Jaya. Majlis yang diberi nama ”Pelancaran Produk COOP 1M & Pusat Pengedaran Felda Trading Sdn Bhd”  adalah bertujuan untuk melancarkan produk COOP 1M yang dikeluarkan oleh Felda Trading Sdn Bhd, yang juga . merupakan konsultan yang dilantik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mengeluarkan dan mengedarkan produknya.

Read more...

SUKAN TAHUNAN JKSPK & MAJLIS MAKAN MALAM FTSB 2011

E-mail Print PDF

Tanggal 21 & 22 Oktober 2011 yang lalu telah terukir 1001 memori yang tidak mungkin akan terpadam dalam diari sejarah Jawatankuasa Sukan & Perhubungan Kakitangan (JKSPK) Felda Trading Sdn Bhd (FTSB) bagi tahun 2011 dengan penganjuran Kejohanan Sukan JKSPK 2011.. Detik bersejarah ini lebih bermakna dengan disulami Majlis makan Malam FTSB 2011 di sebelah malam 22 Oktober 2011.

Last Updated on Sunday, 13 November 2011 04:02 Read more...

Sukan FTSB 2011

E-mail Print PDF

Felda Trading akan mengadakan Sukan JKSPK FTSB 2011 di Hotel Permaisuri Ayer Keroh dan Kompleks Sukan Ayer Keroh pada 21 - 23 October 2011. Pelbagai aktiviti seperti Ping Pong , Karom , Congkak , Badminton, Bola Jaring dan Futsal akan diadakan.

Semua staff Felda Trading dijemput hadir bagi memeriahkan sukan tersebut.


BERIADAH UNTUK KESIHATAN, BERSUKAN UNTUK MENGERATKAN SIRATUL RAHIM

TAHNIAH BUAT PENERIMA ANUGERAH

E-mail Print PDF

Felda Trading Sdn Bhd ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada penerima-penerima Hadiah Insentif Tahunan Syarikat (Non-Monetary Insentif) yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan Runcitan dan Niagaan, yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi tahun 2010. Seramai 36 orang telah dipilih sebagai penerima hadiah ini dan mereka akan dibawa melancong ke Bandung, Indonesia selama 4 hari 3 malam. Hadiah ini juga telah termaktub di dalam pekeliling Syarikat Bil 1/2010 yang menjanjikan hadiah insentif yang berupa percutian ke luar Negara sekiranya petugas khususnya petugas Kumpulan Runcitan yang telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam tahun semasa. Penerima-penerima anugerah ini akan berangkat ke Bandung, Indonesia pada 7 – 10 Oktober 2011.

Page 1 of 7

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  Next 
  •  End 
  • »